Anda di sini

SIDS Marudi jayakan bengkel pembuatan kraf Iban

Advertisement
Ahli Exco SIDS Cawangan Marudi bersama ahli SIDS Unit Rumah Saut.
Ahli Exco SIDS Cawangan Marudi bersama ahli SIDS Unit Rumah Saut.

MARUDI: Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Marudi telah mengadakan bengkel pembuatan kraf tangan Iban di Rumah Saut dekat sini, baru-baru ini.

Antara objektif penganjuran bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan kemahiran dan melonjakkan ekonomi rumah tangga dalam kalangan wanita Iban.

Seramai 80 peserta telah mengikuti bengkel tersebut yang dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kategori kraf terbabit iaitu sugu tinggi, tangu manik moden dan kain Burie.

Kumpulan sugu tinggi diajar oleh Sylvia Changgan, Julia Entika dan Alice manakala kumpulan tangu manik moden dikendalikan Merai dan kain buri pula Fatimah Slau dan Selina Jangin.

Pengerusi unit Jacyntha Lemin mengucapkan terima kasih atas kesudian SIDS Cawangan Marudi menganjurkan bengkel tersebut yang diketuai Rena Anthony sebagai wakil pengerusi Kaunselor Yanti Nyanggau.

Advertisement