Anda di sini

Pelajar MSU seluruh negara sertai Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu

Advertisement
Pelajar baharu yang hadir pada Majlis Bacaan Ikrar dan penyampaian watikah pelantikan barisan Exco baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi akademik 2024/2025.
Pelajar baharu yang hadir pada Majlis Bacaan Ikrar dan penyampaian watikah pelantikan barisan Exco baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi akademik 2024/2025.

KUCHING: MSU College (MSUC)  baru-baru ini menganjurkan Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu dan penyampaian watikah pelantikan barisan Exco baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi akademik 2024/2025.

Majlis yang berlangsung di kampus utama Management and Science University di Shah Alam, membabitkan 1,059 pelajar dan 110 Exco baharu MPP.

Dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kerjaya Pelajar MSU, majlis itu dihadiri pelajar-pelajar ini datang dari semua cawangan MSU College dan MSU Learning Centre yang terletak di seluruh negara. 

MSUC Sarawak mendahului senarai dengan jumlah pelajar tertinggi iaitu seramai 241 orang, diikuti MSUC Kota Bharu dengan 194 orang, MSUC Johor Bahru (115 orang), MSUC Sungai Petani (113 orang), MSUC Shah Alam (110 orang), MSUC Seremban (99 orang), MSUC Ipoh (75 orang), MSUC Terengganu (47 orang), MSUC Pulau Pinang (36 orang), MSU Learning Centre Kuala Lumpur (15 orang), dan MSUC Sabah dengan 14 pelajar.

Muhammad Ilyaas Faizurrahman, pelajar dari MSUC Shah Alam telah terpilih untuk mengetuai majlis bacaan ikrar pelajar baharu.

Manakala, menerusi majlis penyerahan watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2024/2025, ia melibatkan Exco baharu dari MSUC Sabah (12 orang), MSUC Sungai Petani (12 orang), MSUC Kota Bharu (12 orang); MSUC Shah Alam (11 orang), MSUC Sarawak (11 orang); MSU Learning Centre KL (10 orang), MSUC Ipoh (10 orang), MSUC Pulau Pinang (10 orang), MSUC Johor Bahru (10 orang), MSUC Seremban (lapan orang) dan MSUC Terengganu (enam orang).

Presiden MPP MSUC Sabah Rahidayah Qhainurshira Rasula pula dipilih untuk mengetuai sesi bacaan ikrar Exco MPP baharu.

Presiden MSU dan MSU College, Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid  hadir menyempurnakan majlis tersebut dan turut disertai oleh pegawai pengurusan kanan universiti termasuklah para pengetua MSU College.

Dalam ucapan perasmiannya, Profesor Mohd Shukri mengingatkan pelajar agar memanfaatkan peluang menyambung pengajian di MSU College dengan meraih sebanyak mungkin pengalaman baharu sepanjang tempoh pengajian.

“Bagaimana kita bermula, bukanlah penentu kepada pengakhiran kita nanti. Apa yang lebih penting adalah persediaan yang kita lakukan untuk menempuh pelbagai cabaran yang menanti di hadapan.

“Perjalanan para pelajar di MSU College baharu sahaja bermula. Hargailah peluang ini dengan memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bermanfaat,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement