Anda di sini

Periksa pendawaian rumah agar sentiasa dalam keadaan baik: Lee

Advertisement
Lee (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil mangsa kebakaran di Desa Senadin, Kenny (dua kiri) sambil disaksikan yang lain. 
Lee (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil mangsa kebakaran di Desa Senadin, Kenny (dua kiri) sambil disaksikan yang lain. 

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mengingatkan penghuni rumah supaya sentiasa memeriksa pendawaian rumah bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. 

Katanya, usaha itu juga secara tidak langsung boleh menjamin pendawaian di kediaman mereka sentiasa dalam keadaan terjaga, agar tidak mendatangkan musibah yang tidak diingini.
 
Pada masa sama, beliau turut menggalakkan pemilik rumah yang belum membeli insurans untuk rumah mereka supaya berbuat demikian, termasuk mereka yang menyewakan kediaman kepada orang lain. 

Ini penting kerana ia amat membantu mereka, terutama jika berlaku bencana atau perkara tidak diingini, katanya.

Lee memberitahu demikian selepas menyantuni mangsa kebakaran di Desa Senadin di sini hari ini dan mengetuai Pejabat Pusat Khidmat DUN Senadin menyerahkan bantuan kecemasan kepada semua wakil keluarga mangsa yang terlibat. 

Menyertai mereka ialah kakitangan serta sukarelawan Bulan Sabit Merah (BSM) Cabang Miri yang turut menghulurkan bantuan kecemasan kepada mangsa.

Sebanyak lima keluarga menerima sumbangan tersebut hari ini yang diwakili oleh ketua keluarga masing-masing, iaitu Yong Vui Guang, Zaidelly Wasli, Izzul Zikri Kassim, Wong Huang Leong dan Kenny Philip. 

Advertisement