Anda di sini

Pencapaian Amcorp bangunkan Sibu Jaya membanggakan: CEO

Advertisement
(Dari kanan) Azlan Baqee, Azmi Hashim, Lee, Shahman Azman dan Mohd Rahimi selepas majlis penanaman pokok di Sibu Jaya, baru-baru ini.
(Dari kanan) Azlan Baqee, Azmi Hashim, Lee, Shahman Azman dan Mohd Rahimi selepas majlis penanaman pokok di Sibu Jaya, baru-baru ini.

SIBU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amcorp Properties Berhad Ben Lee Keen Pong, yang akan bersara bulan ini melahirkan rasa bangga dengan pencapaian organisasi itu dalam membangunkan Sibu Jaya. 

Lee berkata, meskipun banyak kemajuan telah dicapai, namun usaha ke arah kelestarian dan kehijauan masih perlu ditingkatkan bagi memastikan masa depan yang lebih baik.

“Saya berharap pasukan (Armcop) Sibu Jaya akan terus berinovasi dan melaksanakan amalan lestari untuk memastikan ini kekal sebagai komuniti yang hijau dan bertenaga untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penanaman pokok sebagai simbolik meraikan lebih sedekad membentuk Sibu Jaya menjadi sebuah bandar baru yang menghijau, baru-baru ini.

Lee menekankan manfaat inisiatif hijau ini yang merupakan sebahagian daripada pendekatan holistik terhadap pembangunan komuniti untuk mewujudkan persekitaran hidup yang sihat dan lestari.

Dalam majlis sama, Lee turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) serta agensi-agensi kerajaan lain yang telah memainkan peranan penting dalam mengubah Sibu Jaya menjadi sebuah tempat yang hijaudan subur.

Hadir sama pada program tersebut ialah Timbalan CEO Kumpulan Shahman Azman, penasihat Azmi Hashim, Timbalan CEO Mohd Rahimi Mohd Yusof serta pasukan Amcorp Sibu Jaya.

Advertisement