Anda di sini

APM tangkap ular tedung selar di kebun

Advertisement
Anggota APM berjaya menangkap seekor ular tedung selar dianggarkan sepanjang dua meter di kawasan kebun pengadu.
Anggota APM berjaya menangkap seekor ular tedung selar dianggarkan sepanjang dua meter di kawasan kebun pengadu.

MIRI: Seekor ular tedung selar dianggarkan sepanjang dua meter berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah kebun di Jalan Tunku Abdul Rahman, Taman Da Sing 5, pagi Jumaat. 

Jurucakap APM Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki berusia 42 tahun pada jam 10.10 pagi yang meminta bantuan menangkap ular tersebut. 

“Sepasukan tiga anggota APM diketuai Lans Koperal (PA) Christina Rabai Jimmy bergegas ke lokasi yang jaraknya 10 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sejurus menerima panggilan berkenaan. 

“Setibanya di lokasi, anggota APM terus berjumpa dengan pengadu dan beliau menunjukkan lokasi ular itu yang berada di kawasan kebunnya,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Pasukan APM kemudiannya meninjau lokasi yang dinyatakan pengadu dan menemui ular itu masih berada di kebun terbabit. 

“Skuad berjaya menangkap ular jenis tedung selar dianggarkan sepanjang dua meter dengan menggunakan peralatan khas. 

“Ular itu kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk,” ujarnya. 

Selepas selesai menangkap ular dan mendapati lokasi kebun selamat, operasi ditamatkan pada jam 10.37 pagi. 
 

Advertisement