Anda di sini

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor kunjungi Yayasan Tun Jugah

Advertisement
Sultan Shafaruddin (kanan) berkenan melihat salah satu koleksi di Muzium Yayasan Tun Jugah. Turut kelihatan, Linggi (dua kanan) dan Asfia (kiri). - Gambar Penerangan
Sultan Shafaruddin (kanan) berkenan melihat salah satu koleksi di Muzium Yayasan Tun Jugah. Turut kelihatan, Linggi (dua kanan) dan Asfia (kiri). - Gambar Penerangan

KUCHING: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini mencemar duli melawat ke Yayasan Tun Jugah di sini.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat koleksi yang dipamerkan di Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah. - Gambar Penerangan
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat koleksi yang dipamerkan di Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah. - Gambar Penerangan

Yayasan Tun Jugah telah didaftarkan pada 29 Januari 1985 di bawah Akta Pertubuhan1966 dan merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang dikendalikan oleh  Lembaga Pengurusan yang diketuai Pengerusinya Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah.

Yayasan itu juga menempatkan muzium dan Galeri Pua Datin Amar Margaret Linggi yang memelihara dan mempromosikan kaedah tradisional tenunan Iban.

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat cara pua kumbu ditenun. - Gambar Penerangan
Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat cara pua kumbu ditenun. - Gambar Penerangan

Selain itu, ia juga mengumpul, merekod, menterjemah dan mentafsir semua bentuk sejarah lisan dan kesusasteraan Iban untuk dikaji oleh sarjana kontemporari dan generasi akan datang khususnya bagi masyarakat Iban.

Advertisement